Akhirnya terjawab teka teki warganet, anak sahkan Bonda Rozita dah kahwin baru

Advertisements
Advertisements

Desas desus akhirnya terjawab apabila anak kepada usahawan Rozita Ibrahim, Nur Ain Sufiah mengesahkan ibunya sudah berkahwin baharu. Ain berkata, pernikahan ibunya berlangsung mengikut hukum syarak dan mereka sekeluarga menerima baik perkahwinan itu. Malah, Ain meminta orang luar berhenti membuat spekulasi tidak benar dan melemparkan kata-kata tidak baik terhadap ibunya. Klik sini untuk lihat video.

“Ajl, maut dan jodoh di tangan Tuhan. Mereka sudah bernikah secara halal dan perkara itu perlu diraikan. Mohon warganet jangan kritik berlebihan. Rezeki mak saya kahwin baru. Kami anak-beranak semua dalam keadaan baik, mommy dan daddy juga okay. Kalian tak perlu risau. Kami sekeluarga okay dengan situasi kami sekarang.” Ain berkongsi perkara itu ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.

Dalam sesi sama, Ain juga memberitahu mengapa ibunya memilih untuk mengunci mulut dan tidak memberi sebarang penjelasan. “Ada segelintir yang tanya mengenap bonda tak mahu beri penjelasan, sebab kalau beri akan dikecam, kalau tak beri penjelasan pun kena kecam. Namun, saya buat penjelasan kerana tidak mahu ada fitnah yang berlaku di luar sana.”

Dalam pada itu, Aina turut meminta orang ramai menghormati privasi keluarga dan tidak bertanya mengenai punca perpisahan ibunya dengan bekas suami. “Punca perpisahan itu, kalian tidak perlu tahu kenapa. Itu privasi keluarga kami, orang luar tidak perlu tahu. Kalau mereka tiada jodoh, kenapa kita nak paksa.” Terdahulu, timbul dakwaan mengata Rozita sudah berkahwin dengan abang kepada pelakon Rebecca Nur AI Islam.

Lebih menguatkan dakwaan apabila Rebecca menyapa Rozita dengan panggilan ‘kakak iparku’ dalam satu sesi siaran langsung. Tidak hanya itu, turut tular video memperlihatkan Rozita berpimpin tangan dengan seorang lelaki berkumis didakwa suami baharunya yang juga abang kepada Rebecca.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *