Buat banyak kerja sebab nak duit, Syafiq Kyle kongsikan kenangan manis kerja di kedai aiskrim dan office boy

Advertisements
Advertisements

Pelakon, Syafiq Kyle mendedahkan bahawa dirinya pernah bekerja di sebuah kedai aiskrim selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Menurut Syafiq atau nama lengkapnya Mohd Syafiq Shahmin Abdul Razak pengalaman bekerja di kedai tersebut menjadi satu kenangan manis dalam hidupnya. “Selepas saya sekolah saya nak kerja yang ada style, saya nak kerja mall jadi saya pergi Pavillion dan tanya ada kerja kosong atau tidak.

Tapi dekat dalam (mall) dah habis, jadi saya cari dekat sebelah luar dan saya dapat kerja dekat sebuah kedai aiskrim dekat dengan Lot 10. Tapi yang seronok pada waktu itu adalah setiap pagi saya akan bagi tester dekat orang ramai tapi dalam masa dua minit dah habis sebab yang ambil itu adalah pekerja yang bekerja di Pavi, jadi saya rasa itu adalah kenangan manis untuk saya sebab dapat jumpa ramai orang pada waktu itu,” katanya.

Pada masa sama, teraju utama siri One Cent Thief 2 itu juga berkongsi pernah bekerja sebagai office boy dan menjadi pelakon tambahan pada satu ketika dahulu. Jelas Syafiq, apa yang dilakukan pada ketika itu hanyalah untuk mendapat duit sahaja. “Saya dapat kerja dengan production, jadi saya bekerja sebagai office boy. Saya masih ingat benda pertama saya buat adalah hantar surat loan dekat bank, hantar skrip dekat artis.

Saya hantar skrip ini saya naik teksi, naik bas sebab saya nak kerja punya pasal saya okaykan sahaja. Saya pernah hantar skrip dekat Remy Ishak, saya memang minat dia jadi bila dapat jumpa dia tu saya starstruk. Pernah ada pengalaman berlakon juga pada ketika itu sebab saya pekerja dekat syarikat produksi itu jadi kena ikut mereka pergi shooting dekat Perlis.

Jadi bila mereka tanya saya, boleh cakap utara atau tidak, saya terus cakap boleh kalau nak saya cakap Sabah pun saya boleh sebab saya nak duit sahaja pada waktu itu. Tapi saya duduk kat sana selama dua bulan walaupun saya berlakon tiga empat hari sahaja namun saya duduk kat sana lama sebab tiket mereka sediakan semasa datang ke lokasi sahaja jadi kalau nak balik kena tunggu pengambaran habis. Pada zaman itu memang saya hustle, suruhlah buat apa-apa saya akan buat sahaja,” ujarnya.

Syafiq berkongsi kisah itu di Podcast Borak Dulu Baru Kamu musim ketiga bersama Ubai. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *