Hantaran di akaun media sosial milik bekas isteri kepada pelawak dan pelakon Shuk Sahar iaitu Rossa Sera telah menjadi perhatian warganet berikutan dipercayai sudah pun berkahwin. Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Rossa atau nama lengkapnya Rosselenah Natassyiah Asshaferah berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya sedang memeluk seorang bayi di dalam sebuah kereta.

Tinjauan, juga mendapati di bahagian info akaun media sosial tersebut, Rossa meletakkan status sudah berkahwin bersama emoji sebentuk cincin. “Married.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargent terkejut melihat perkembangan terkini Rossa berikutan dia tidak pernah memaklumkan tentang pernikahannya. Walau bagaimanapun, mereka tetap senang melihat kebahagiaan Rossa dan mendoakan kesejahteraannya.

Sekadar info, Rossa dan Shuk pernah mendirikan rumah tangga pada 2015, namun disahkan bercerai dengan talak satu pada 22 Mac 2023. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Asyifatu Aimi, 6. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.