Dah 8 tahun tak merasa kasih sayang seorang ibu, Along Cham akui anak kecewa dengan perpisahan bersama Afreena

Advertisements
Advertisements

Pelakon dan pelawak, Along Cham mengakui bahawa anak lelakinya, Daniel kecewa dan sedih dengan perpisahan bersama Afreena Suhaimi. Ketika ditemui,  Along atau nama penuhnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, mendedahkan bahawa anak lelakinya telah lapan tahun tidak merasai kasih sayang seorang ibu dan kini mengharapkan kehadiran sosok itu dalam hidupnya.

“Sudah semestinya dia kecewa. Tipulah kalau dia tidak kecewa cuma dia kuatlah. Saya pun sibukkan diri dia balik dengan aktiviti-aktiviti yang menarik. Saya cakap dekat dia ‘Abang takpayah fokus dengan semua ni, biar papa handle’. Dia harapkan dapat ganti bahu seorang ibu yang dah lapan tahun tak dapat kasih sayang dan sekarang baru nak dapat cuma ada pihak yang cakap saya larang untuk berjumpa dengan anak.”

Tambah Along lagi, dia juga pernah meminta Afreena agar memberikan kasih sayang kepada Daniel selain perlu mengambil alih tanggungjawab sebagai seorang ibu. “Saya dah warning Afreena untuk mengambil alih kasih sayang seorang ibu yang Daniel sudah terlepas selama lapan tahun dan tolong elakkan diri dari terhasut dengan anasir luar termasuklah bekas isteri saya (Zila Saeron).”

Along Cham berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor pada Isnin. Dalam masa yang sama, Along turut menafikan dakwaan bahawa dia menghalang bekas isterinya, Zila Saeron, daripada bertemu anak mereka. “Masa mak saya tolong untuk jaga anak saya ketika saya sibuk dengan kerja saya, saya bagi peluang kepada bekas isteri saya iaitu Zila Saeron datang melawat anak dan dia datang hanya beberapa kali sahaja.

Saya bukannya nak pisahkan anak dan ibu tapi saya sebagai seorang bapa, saya kalau nak pisahkan anak saya dengan dia, saya akan pisahkan terus tapi ini fasal kes nyusuz saya yang lepas. Bila saya sudah berkahwin, saya cakap dengan bekas isteri tolong jangan ganggu ruang Daniel untuk dapatkan kasih sayang seorang ibu baharu.”

Terdahulu, pengesahan lafaz cerai taklik melibatkan Along dan Afreena terpaksa ditangguhkan kepada 8 Mei depan. Keputusan itu dibuat mahkamah selepas Hakim Syarie Muhamad Nazri Basrawi mendapati berlakunya kekeliruan berkaitan dokumentasi yang dibuat Along selalu plaintif. Sekadar info, kemelut rumah tangga mereka mula timbul selepas Along mendakwa Afreena Suhaimi telah melanggar tiga perkara yang dipersetujui dalam perkahwinan yang membawa kepada jatuhnya lafaz taklik.

Dakwa Along, Afreena melanggar lafaz taklik tersebut pada tahun lalu dan sepatutnya memfailkan lafaz cerai taklik tersebut di mahkamah pada 16 Disember tahun lalu tetapi malangnya ditahan pihak polis pada 14 Disember akibat kes memiliki bahan terlarang. Untuk rekod, Along mendirikan rumah tangga dengan Afreena, 33, pada 4 April 2024. Sebelum itu, Along pernah berkahwin dengan bekas peserta Akademi Fantasia iaitu Zila Seeron pada Januari 2010. Namun berpisah pada Ogos 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Ahmad Daniel, 14. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *