Selepas beberapa hari melahirkan anak, pelakon Atikah Suhaime sering menerima kritikan kurang enak berkaitan tubuh badan dan caranya berpantang. Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime itu berkongsi telah mengambil pakej berpantang bersama pusat berpantang selama 28 hari. Klik sini untuk lihat video.

Difahamkan, pakej tersebut juga termasuk dengan mandian sauna, urut, pemakaian bengkung, makan makanan sihat dan bermacam lagi. Bagaimanapun, perkara itu menimbulkan perasaan kurang senang kepada warganet yang mempersoalkan tempoh berpantang sepatutnya dilakukan selama 44 hari. Dalam pada itu, warganet turut mendakwa ibu bersalin juga perlu melaksanakan pantang secara tradisional berbanding moden supaya badan tidak sakit-sakit pada masa akan datang.


Menjengah ke ruangan komen, terdapat juga segelintir wargamaya meminta supaya Atikah menutup ruangan komen untuk kesihatan mental. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.