Baru menyambut kelahiran cahaya mata sulung, suami kepada pelakon, Datin Atikah Suhaime iaitu Datuk Lokman Teh berkongsi ragam anaknya, Lyla Mulan Teh. Lokman yang juga seorang usahawan memberitahu, anaknya kerap menangis dan tidak mahu berenggang dari pangkuan isterinya. “Kelmarin betul-betul penat, setiap 20 minit dia bangun nak dekat dengan mommy. Lepas itu letak semula, tidur 10 hingga 20 minit minta mommy dia pegang lagi.”

Lokman berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di platform threads. Meskipun waktu tidurnya terganggu, Lokman mengakui seronok menikmati momen tersebut dan berasa bersyukur. “Walaupun saya tidak boleh tidur, tetapi saya seronok merasai momen ini dalam hidup dan berasa syukur, alhamdulillah.” Pada 8 Mac lalu, Atikah berkongsi berita gembira dengan mengumumkan sudah selamat melahirkan puteri sulung yang diberi nama Lyla Mulan Teh. Imbas kembali, Atikah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Datuk Lokman Teh pada 21 Januari tahun lalu.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.