PENGACARA Hawa Rizwana menyangkal dakwaan kononnya dia sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang lelaki. Hawa atau Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 30, memberitahu buat masa ini dia berkawan dengan semua orang, namun masih belum bertemu seseorang yang istimewa di hati. “Siapa? Setakat ini saya memang belum ada perancangan untuk mengenali lelaki hingga ke fasa seterusnya.
Saya cuma berkawan sahaja dengan semua orang dan tiada sesiapa lelaki yang istimewa buat masa sekarang,” katanya. Dalam pada itu, Hawa mengakui sekarang bukanlah masa sesuai untuk dirinya memikirkan soal cinta. Ini kerana dia perlu memberikan fokus kepada perniagaan tudung yang baru sahaja dilancarkan. “Bagi saya sekarang masa yang sangat mencabar, saya pula sangat sibuk sebab baru buka perniagaan sendiri.
“Jadi nak fokus pada hubungan istimewa itu susah dan belum ada yang boleh terima perkara itu. Apa-apa pun saya terbuka untuk berkenalan dengan sesiapa, harapnya ada calon sesuai buat saya nanti,” jelasnya. Dalam perkembangan lain, Hawa meluahkan rasa gembira apabila perniagaan tudungnya menerima sambutan baik daripada pembeli semasa karnival juala raya Celebfest di Singapura pada 7 hingga 9 Mac lalu.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.