Pelakon jelita Uqasha SenroseĀ tidak dapat menyembunyikan kesedihan apabila terpaksa meninggalkan anaknya, Hawra Uqaira selama empat hari kerana berniaga di Absolut Bazaar di Singapura. Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), pemilik nama Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen berkata ini adalah kali pertama dia tinggalkan Uqaira buat masa yang lama.
Aktres berusia 33 tahun itu dilihat tidak dapat menahan sebak ketika menyerahkan anaknya kepada penjaga. “Ibu takut tidak dapat tidur malam tanpamu anak tapi ibu kena bekerja. Tidak pernah berpisah dengan Uqaira. Ni (kena tinggalkan) empat hari. Ibu takut rindu.”

Sekadar info, Uqasha mendirikan rumah tangga bersama pelakon Kamal Adli pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Uqaira. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.