PENYANYI Shila Amzah memerlukan masa dan ruang untuk menerima kehadiran ibu tiri di dalam hidupnya memandangkan wanita itu pernah menjadi sahabat suatu ketika dahulu. Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 35, bagaimanapun memberitahu perkara itu sama sekali tidak menjejaskan hubungan baik bersama ayahnya yang juga merupakan penyanyi iaitu Datuk ND Lala. “Kami (Shila dan ibu tiri) belum pernah berhubung lagi dan saya tak bersedia lagi. Kalau dengan ayah sudah tentu berhubung. Dia pun selalu hubungi saya.
Hubungan anak beranak pergi ke mana pun tak akan putus, kerana ia tidak melibatkan sesuatu perkara yang teruk sangat hingga membuatkan tidak boleh kembali bersama keluarga Saya dan ayah pun akan berbuka puasa bersama pada hujung minggu ini,” katanya.
Kata Shila, sebagai anak dia berlapang dada menerima takdir ibu bapanya kini bahagia dengan haluan masing-masing. Namun dia akui masih lagi terkejut dengan pilihan baru bapanya itu. “Sejujurnya saya okay sebab cinta itu tidak boleh dipaksa, kalau ibu bapa tidak bahagia kenapa nak paksa demi anak-anak. Biarlah masing-masing cari bahagia mereka bagi saya. Cuma pada saya terkejut dengan siapa pilihannya. Itulah suratan dan takdirnya,” luahnya.
Dalam pada itu, Shila memberitahu dia mempunyai banyak momen bersama ibu tirinya selepas melibat foto kenangan mereka bersama. Katanya, dia menyedari perkara itu apabila mencari foto kenangan ketika berada di China dalam galeri album telefon bimbitnya. “Gambar dia masih ada sebab terlalu banyak, saya ada gambar lebih 50,000. Saya nak cari gambar saya di China dan ternampak gambar dengannya,” luahnya.
Sebelum ini, kecoh khabar angin mendakwa ND Lala atau Datuk Amir Amzah Salleh, 63, sudah berkahwin secara rahsia dengan seorang wanita yang jauh lebih muda daripada usianya. Malah, individu itu dipercayai merupakan sahabat Shila sejak dibangku sekolah. Fauziah dan ND Lala kemudiannya sah berpisah pada 2 Ogos 2023 menerusi lafaz melalui rakaman suara di WhatsApp. Untuk rekod, ND Lala mendirikan rumah tangga bersama Fauziah pada 1989 dan pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata lain selain Shila iaitu Amir Syafiq, 32, Amir Syahir, 30, dan Nur Syuhada, 27.
Sumber: Mstar, PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.