Fasha Sandha luah rasa terharu dan syukur sebab Rayqal masih anggap dia sebagai ibu

Advertisements
Advertisements

Pelakon Fasha Sandha menzahirkan rasa terharu dan syukur apabila melihat keakraban yang terjalin antara keluarganya dengan keluarga aktres, Nora Danish. Dalam satu perkongsian di Instagram, Fasha memuat naik sebuah video yang memaparkan momen ketika dia dan keluarga dijemput oleh Nora Danish ke majlis sambutan hari jadi mereka berdua. Namun, momen yang paling menyentuh emosi adalah ketika anak sulung Nora Danish iaitu Rayqal, bersalaman dan memeluknya dengan penuh kasih sayang. Klik sini untuk lihat video.

Isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini mengakui sebak dan terharu melihat anak-anak membesar dalam suasana harmoni meskipun dirinya dan Nora pernah melalui fasa perselisihan faham suatu ketika dahulu. “Nangis, sebak. Anak-anak kami dah besar. Syukur walau pernah juga melalui pengalaman merajuk manja sesama kami awal-awal dulu, (biasalah kita semua manusia biasa yang tak lari dari kesilapan kan).

But one thing for sure, anak-anak kami semua diajar untuk harmoni, dan berkasih sayang. Diorang tak pernah tahu tentang masalah atau apa-apa, sebab pada mereka, kami adalah keluarga.,Dalam perkongsiannya, Fasha turut menasihati ibu bapa yang melalui perpisahan agar tidak membiarkan perpisahan menjadi penghalang hubungan anak-anak dengan ibu bapa atau keluarga besar mereka.

“Jangan jadikan broken marriage sebagai sebab untuk memutuskan silaturahim sesama anak, atau anak dengan ayah atau apa-apa pun bagi kasih sayang yang lebih untuk depa. Merajuk kejap tak apa la, kita manusia kan, punya hati dan perasaan, bukan robot, tapi lepas hadam dan damai dengan takdir, bangun dan pandang ke hadapan, insyaallah pelangi datang selepas hujan.

Mood touching sebab Rayqal masih anggap auntyibu sebagai mommy dia.” Perkongsian Fasha mendapat reaksi positif daripada netizen yang memuji sikap matang pelakon itu dalam menjaga hubungan kekeluargaan. Rata-rata mereka turut terharu melihat keakraban Rayqal dengan Fasha, serta mendoakan agar keluarga mereka terus dilimpahi kebahagiaan dan keharmonian.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *