Rumah tangga sukarelawan misi banjir, Abang Viva dilaporkan sudah menemui noktah apabila dia sudah berpisah dengan isterinya, Eva Noza Zakaria. Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Eva menerusi sebuah hantaran di laman TikTok yang berkata dia kini sedang jalani tempoh idah dan enggan untuk memberi sebarang penjelasan berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas suaminya itu di media sosial.
Katanya, dia tidak mahu bermusuhan dengan sesiapa tambahan pula dengan individu yang pernah menjadi sebahagian hidupnya sebelum ini. “Saya tak nak bahas apa-apa dengan apa yang beliau (Abang Viva) post. Saya tak sanggup untuk mengata orang yang pernah berada di hati saya walaupun sekarang kami sudah tiada apa-apa. Jauh disudut hati saya masih menghargai dia sebab dia bukan musuh saya. Teruskanlah kehidupan masing-masing,” ujarnya.
Dalam pada itu, dia memohon ruang kepada orang ramai untuk menjalani tempoh idah dengan tenang dan mahu memberi fokus sepenuhnya dengan kehidupan terkini bersama anak-anak. “Harap beri saya ruang untuk saya jalani tempoh idah dan pada masa yang sama saya perlu cari rezeki untuk kelangsungan hidup saya dan anak-anak,” katanya.
Terdahulu, Abang Viva meluahkan perasaannya di laman TikTok dengan memberitahu dia hanya ingin mempertahankan maruah keluarganya yang dicaci dan dihina daripada segelintir pihak tanpa mengetahui cerita sebenar. “Maaf untuk apa yang terjadi. Bukan niat mencari salah, bukan juga untuk membuka aib tapi sekadar untuk memberi rasa apa yang saya hadap atas satu kesilapan yang saya buat.
Sehingga saya dan keluarga teruk dihina, dicaci dari pelbagai pihak tanpa mengetahui apa yang sebenarnya terjadi. Terlalu penat pendam, sabar dan hadap dengan kritikan yang bagai tiada penghujung. Tujuan saya hanyalah satu untuk membersihkan nama keluarga serta mak ayah.. maaf sekali lagi,” kongsi Abang Viva. Malah, Abang Viva turut berkata dia dan isterinya sudah berpisah namun, perkongsian tersebut telah dipadam selepas beberapa jam dimuat naik dalam aplikasi tersebut.
Sekadar info, Abang Viva selamat mendirikan rumah tangga dengan Eva Noza pada 14 Oktober tahun lalu namun sekitar April 2023, Eva Noza Zakaria dilaporkan keguguran. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.