Budak tak pandai menipu, ramai yang teruja anak Bella Astillah approved dengan Syed Saddiq

Advertisements
Advertisements

Kemesraan yang terjalin antara pelakon dan penyanyi Bella Astillah dengan ahli politik, Syed Saddiq bukan sahaja mendapat perhatian warganet malah rakan artis juga senang melihat hubungan mereka. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pelakon dan usahawan Betty Rahmad bertanya kepada anak lelaki Bella iaitu Ayden Adrean tentang Ahli Parlimen Muar itu. Klik sini untuk lihat video.

“YB dekat mana? Ayden approved tak YB?” Tidak menunggu lama, Ayden kemudian memberi respon terhadap soalan Betty. “YB di rumah. Ayden approved!” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet geli hati melihat gelagat Ayden dan mereka juga sependapat dengannya bahawa Saddiq adalah lelaki yang tepat untuk Bella. “Tak sempat habis soalan lagi Ayden dah approved, samalah macam kami semua!

Budak-budak tak pandai menipu. Terima kasih Ayden approved YB. Jadi approved tu memang jawapan tepat dan sahih. Mesti Ayden approved sebab YB buat mummy gembira dan bahagia. Thank you Betty wakilkan kami. Tunggu apa lagi Bella dan YB, anak pun dah approved tu.”

Terdahulu, Bella dan Saddiq berkolaborasi bersama bagi menjayakan promosi sebuah jenama pakaian tempatan. Ahli politik berasal dari Johor itu juga sebelum ini pernah muncul di dalam video muzik Bella yang berjudul Tapi Bukan Denganmu. Sekadar info, ibu tunggal anak dua itu pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Aliff Aziz tetapi telah berpisah untuk kali kedua pada 13 Jun lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden, 8, dan Ara Adreanna, 5 tahun.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *