7 tahun tak muncul bersama, akhirnya Ajak dan Shahrol Shiro akan kembali atas pentas sama

Advertisements
Advertisements

TUJUH tahun tidak muncul bersama, kumpulan Shiro iaitu Ajak dan Shahrol kembali mengubati kerinduan peminat menerusi pementasan Temasya Komedi Rakyat. Ajak atau Mohd Hanafi Razak, 39, berkata keserasian itu masih lagi utuh meskipun mereka pernah berdepan sengketa sebelum ini. Jelas Ajak, selepas berbaik pada Ogos tahun lalu, mereka lebih kerap meluangkan masa bersama sekali gus mengeratkan kembali hubungan yang renggang.

“Umum tahu kami ada masalah sebelum ini, saya anggap biasa dalam persahabatan. Selepas kami bermaafan Alhamdulillah, setiap kali pulang ke kampung kami akan jumpa. Bila kami bersembang sampai pagi baru habis. Jadi saya rasa keserasian itu tiada masalah. Kami tengok mata saja sudah tahu apa dibualkan. Saya rasa tiada masalah,” katanya.

Ajak berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Temasya Komedi Rakyat yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Isnin. Menurut Ajak, kemunculan kembali kumpulan Shiro sememangnya sudah lama dinanti peminat mereka. Katanya, ia juga didorong pemintaan peminat yang sering bertanya dan merindui aksi mereka berdua di atas pentas.

“Saya faham disebabkan masa dan kehadiran pelawak baharu peminat kami mungkin berkurangan tapi Insya-Allah masih ada orang-orang yang minat kami. Saya pun tak sabar nak tengok sendiri sama ada kami masih relevan atau tidak. Tapi sekiranya di media sosial ramai saja yang menantikan kemunculan kami. Ramai yang rindu sketsa komedi kami,” jelasnya.

Sementara itu Shahrol atau Shahrol Azizie Azmi, 40, pula memberitahu keserasian yang terbina dari kecil masih lagi kukuh. Hal itu dibuktikan dengan pertemuan sebelum ini yang mana mereka masih memahami isi hati masing-masing. “Kami kenal sejak kecil, keserasian itu sudah ada tidak perlu dipupuk lagi. Insya-Allah keserasian kami masih ada.

Kami sudah berjumpa beberapa kali selepas berbaik hari itu, ketika berbual dan bersembang kami sudah tahu apa yang kami mahukan. Kami tahu macam mana nak membahan antara satu sama lain,” kongsinya. Selain kumpulan Shiro, Temasya Komedi Rakyat turut menampilan Nasir Bilal Khan, Danial Zaini, Fikry Ibrahim, Zulin Aziz serta ramai lagi.

Acara yang menghimpunkan pelawak hebat ini akan menjelajah ke empat lokasi seperti Pahang, Perak, Johor dan Singapura bermula Mei hingga Julai depan. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *