Ramai yang kritik bila makan bayam masa dalam pantang, sekali ini penjelasan dari Atikah Suhaime

Advertisements
Advertisements

Pelakon Atikah Suhaime tampil bersuara apabila difahamkan menerima pelbagai reaksi negatif yang melihatnya mengambil sayur bayam sebagai salah satu lauk berpantang. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IG Stories), pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime berkata, sayur bayam tidak menyebabkan apa-apa masalah, malah, membantu dalam memperbanyakkan susu badan. Klik sini untuk lihat video.

“Kenapa orang Malaysia tak suka bayam? Sejuk sejuk sejuk. Makan nasi kandar, nasi lemak, goreng-goreng dan berminyak semua itu tak sejuk pulak. Bayam sangat sihat. Bila nampak bayam saja, sejuk. Bayam bagus, tambah susu.” Dalam pada itu, Atikah akui komen-komen sebegitu membuat dirinya tidak bersemangat untuk berkongsi konten ‘mukbang’ di akaun rasminya.

Berkongsi lebih lanjut, ibu kepada Lyla Mulan Teh itu memaklumkan bahawa dia mengambil ‘Confinement Lady’ atau CL hanya untuk 28 hari. Tambahnya, dia tidak tahan dilayan seperti ‘princess’ yang tidak dibenarkan untuk melakukan apa-apa aktiviti. “Saya ambil 28 hari saja. Saya nak keluar rumah, tak sanggup dilayan seperti princess lama-lama. Mungkin orang dengar macam seronok tapi hakikatnya bosan. Semua benda tak boleh, jadinya, saya kena rehat sampai bosan. Korang sanggup ke? Tak buat apa-apa.”

Pada akhir perkongsian, Atikah bersyukur dijaga dengan baik dan rapi oleh ‘CL’ sehingga tubuh badannya berjaya kembali ke saiz Medium (M). Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *