Tak berniat timbulkan tanda tanya, Aprena Manrose jelaskan punca dia kongsi gambar raya seorang diri

Advertisements
Advertisements

MEMUAT naik hantaran menyambut Hari Raya Aidilfitri berseorangan tanpa suami, pelakon Aprena Manrose tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.  Mengakui tidak berniat untuk menimbulkan sebarang tanda tanya, Aprena atau Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 32, menjelaskan hubungannya dengan suami iaitu Afiq Hazman masih lagi terjalin baik. “Sebenarnya, yang gambar saya raya seorang itu adalah sebab saya balik ke Indonesia seorang diri tanpa suami. Saya ini manja orangnya, jadi apabila perlu balik seorang, saya saja meluahkan dekat Instagram. 

Afiq perlu bekerja pada hari raya kedua. Jadi, dia tidak dapat ikut dan hantaran tersebut macam buatkan saya nampak merajuk sahaja. Saja mahu buat drama. Insya-Allah tiada apa yang berlaku. Doakan jodoh kami berpanjangan,” katanya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *