Walau bagaimanapun, kata Syamimia, 29, dia masih mengumpul kekuatan dan menunggu masa yang tepat untuk ke fasa tersebut. “Saya ke arah bertudung, saya dalam proses mahu memakai tudung. Saya hanya mahu mengambil masa sendiri untuk ke arah tersebut. Saya sudah lama fikir untuk bertudung.
Macam saya nampak ada satu jalan lurus di hadapan, sepanjang jalan itu saya sudah pakai tudung dan qada (ganti) segala solat. Saya mahu penuhkan sepanjang jalan itu dengan amal ibadah.” Syamimia berkongsi perkara tersebut ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini. Dalam pada itu, Syamimia turut memberitahu di usianya sekarang, dia enggan memikirkan perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada dirinya. Sebaliknya, mahu fokus dengan kehidupan dan keluaraga.
“Saya sahaja tahu bagaimana diri saya, kita akan dipertanggungjawabkan dengan setiap tindakan kita. Apa yang orang buat, saya malas mahu fikir. Saya ada keluarga yang perlu dijaga. Saya sudah 29 tahun, jadi perkara remeh saya malas nak ambil tahu. Justeru tidak rugi jika berbuat baik.”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.