Imbas kembali memori ketika diawal perkahwinan, ramai yang sebak bila tengok Aliff Syukri hargai pengorbanan isteri dan ibu

Advertisements
Advertisements

Hantaran terbaharu yang dikongsikan oleh usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri tentang pengorbanan isterinya, Datin Seri Shahida telah menyorot perhatian warganet. Menerusi hantaran di TikTok, Aliff memuat naik foto dan video sambil mengimbas kembali memori ketika diawal perkahwinannya bersama isteri. “Kami berkenalan di pejabat, ketika itu saya bekerja sebagai kerani di Sendayu Tinggi. Klik sini untuk lihat video.

Kami bernikah dan usia saya ketika itu 20 tahun. Zaman sekarang zaman TikTok, isteri saya banyak membantu..susah dan senang hingga ke tahap ini.” Dalam masa yang sama, usahawan berusia 38 tahun itu juga tidak lupa akan pengorbanan bonda tercinta, Rozita Ibrahim. “Ini semua berkat doa ibu dan isteri saya. Indah sungguh percaturan hidup ini, semoga keluarga kami kekal bahagia sampai ke jannah.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat cara Aliff menyanjungi isteri dan ibunya malah mereka juga menyifatkan dirinya sebagai seorang lelaki yang budiman. “Saya suka bagaimana dia lantang dalam melindungi ibu dan isterinya dari kecaman orang. Inilah yang perlu dilakukan oleh seorang anak dan suami, sebak tengok cara dia jaga keluarga. Walaupun dia suka cari pasal dengan warganet tapi tengok cara dia memuliakan ibu dan isteri.

“Sebenarnya ini yang semua isteri mahukan iaitu pembelaan dari suami apabila dimalukan.” “Ada hikmah apa yang berlaku, kita dapat nampak sisi lain Aliff. Dia jadi penenang buat isteri, adik-adik dan bonda.” “Gentleman betul, patutlah dia murah rezeki. Orang fikir datin tumpang senang dia tapi sebenarnya datin yang sanggup bersusah payah dari awal.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *