Minta jangan babitkan keluarga, Muaz Zabir nafi ibu tak restu hubungan dengan status janda

Advertisements
Advertisements

Pelakon Muaz Zabir menepis dakwaan ibunya tidak merestui hubungannya dengan Bella Astillah disebabkan status penyanyi itu sebagai seorang ibu tunggal. Ketika ditemui, Muaz atau nama lengkapnya Muaz Mohamad Zabir, 28, menjelaskan bahawa segala konflik atau perkara yang berlaku dalam hubungan mereka sebelum ini tidak melibatkan keluarga. Oleh itu, dia berharap agar orang ramai tidak terus membuat tuduhan melulu.

“Apa-apa pun kesalahan dalam dunia ni, yang saya buat tolonglah jangan babitkan keluarga saya termasuk mak dan kawan-kawan saya. Apa pun yang terjadi antara saya dan Bella sebelum ini, tak ada kena mengena dengan isu keluarga.” Muaz berkata demikian ketika ditemui di majlis rumah terbuka Global Station yang berlangsung di Kemensah Height, pada Selasa. Menurut Muaz, hubungan antara keluarganya dan Bella berada dalam keadaan baik, malah tidak pernah timbul isu bahawa ibunya tidak menyukai Bella hanya kerana statusnya sebagai ibu tunggal.

“Sepertimana yang semua orang tengok, hubungan saya dengan keluarga Bella dan hubungan Bella dengan keluarga saya, okay sahaja. Jadi, berhentilah melemparkan tuduhan yang mengatakan mak saya ni tak suka ibu tunggal, Bella dan sebagainya. Sebenarnya tidak pun, mak adalah orang yang paling senang nak bincang. Tak ada pun mak saya halau Bella atau timbul pergdhan. Bella dan mak saya okay sahaja, mereka pun pernah berjumpa dan makan sekali. Tak ada masalah pun, tak ada istilah tak suka.”

Tambah aktor itu lagi, dia dan Bella masih berkawan baik walaupun hubungan mereka tidak lagi seperti dahulu. “Kami masih berkawan, masa raya hari tu pun saya ada je pergi rumah Bella, jumpa keluarga dia.” Muaz turut menyatakan bahawa dia menyedari kewujudan komen negatif di media sosial, namun memilih untuk tidak memberikan sebarang respons terhadap dakwaan yang tidak berasas.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *