Usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri tidak sengaja bertemu dengan ibunya, Bonda Rozita Ibrahim dan sekaligus telah mengeratkan kembali hubungan mereka selepas dilanda kontroversi keluarga. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Aliff bersama ahli keluarga menghadirkan diri ke majlis sukan sekolah anak dan adiknya. Pertemuan tidak diduga apabila keluarga besar itu bertemu dengan bonda tercinta mereka di sekolah tersebut. Klik sini untuk lihat video.

“Tak salah kalau kita mengalah. Sudah lama tak berjumpa dengan bonda sejak isu hangat ini, saya memilih untuk diam dan tidak berjumpa. Lagi pun tak ganggu orang tengah darah manis. Tapi percaturan Allah itu besar, hari ini dengan izin Allah kami berjumpa di majlis sukan sekolah anak saya.”
Menurut usahawan berusia 38 tahun tersebut, sebagai anak, dia memilih untuk mengenepikan ego demi ibu tercinta. Dalam masa yang sama, Aliff turut menyifatkan pertemuan itu telah menyatukan kembali keluarganya. “Saya mengalah, pertemuan ini merungkai segalanya dan segala emosi sudah dibuang ketepi. Saya dan anak-anak yang lain sayang mak sampai bila-bila. Mana ada keluarga bahagia sahaja, kita sebagai anak sebenarnya kena banyak mengalah, kena banyak sabar, kena banyak berdiam. Alhamdulillah ada manis di penghujungnya.
Terima kasih doa kalian yang sentiasa mendoakan keluarga kami bahagia. Saya hargai sangat.” Terdahulu, konflik keluarga Aliff dan Rozita menjadi sorotan hangat di media sosial, malah mereka juga saling berbalas kenyataan. Difahamkan isu tersebut timbul selepas Rozita mendirikan rumah tangga bersama abang kepada aktres Datin Rebecca Nur Al Islam.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.