Tengah hangat pasal isu Cik Epal dan Jofliam, sekali ini pula nasihat dari Aliff Syukri

Advertisements
Advertisements

Usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri tampil berkongsi tips perkahwinan selepas menonton video pergaduhan antara pempengaruh Cik Epal dan bekas suaminya, Jofliam. Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Aliff atau nama lengkapnya Aliff Syukri Kamarzaman terpanggil untuk berkongsi nasihat tentang rumah tangga ketika suami dan isteri sedang berdepan dengan pertelingkahan. Klik sini untuk lihat video.

“Bila bergaduh kita akan menghina, mengungkit dan memburukan pasangan kita. Jangan letakkan diri sebagai suami sebab kau ego dan fikir diri itu sentiasa betul. Jangan juga letakkan diri sebagai isteri sebab kau akan minta hak kau, minta dihormati dan dikasihi. Tetapi kedua-duanya perlu meletakkan diri mereka sebagai sahabat. Bila jadi sahabat kita takkan sensitif.” Menurut Aliff, perasaan sayang juga adalah elemen penting yang perlu ada dalam perkahwinan.

“Kena sayang antara satu sama lain, sayang bukan kerana duit. Bila kita betul-betul sayang, masalah akan jadi nombor dua dan masalah itu akan berkurang.” Selain itu, usahawan berusia 38 tahun tersebut juga berkongsi tentang emosi isteri yang perlu difahami oleh suami. “Ketika situasi sedang panas, jangan duduk dekat. Contoh macam saya, nampak saja Shahida tu lembut tapi kalau bergaduh keluar taekwondo.

Perempuan kalau bergaduh semua binatang peliharaan dalam Zoo Negara dia akan keluarkan. Bila dia bercakap dia kurang akal dan lebih kepada emosi. Tapi dalam hati, dia ingin dipujuk, dirayu dan dipeluk.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *