Menantu kepada Abby Abadi, Ahmad Aslam mengakui dia masih belum berkesempatan untuk bertemu dengan ibu mentuanya untuk memohon maaf secara bersemuka. Bagaimanapun suami kepada pempengaruh Marissa Dania ini berkata dia mempunyai perancangan namun masih mencari masa yang sesuai untuk berjumpa dengan Abby. “Saya masih belum berjumpa dengan ibu mentua saya (Abby) selepas saya keluarkan kenyataan tempoh hari. Sehingga kini hanya Marissa yang dah jumpa mama.
Saya ada perancangan untuk berjumpa dengannya, Insya-Allah bila saya kelapangan. Saya juga mencari masa yang sesuai untuk jumpa mama,” katanya. Aslam berkongsi perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin. Mengakui kekhilafannya, Aslam turut berharap kemelut yang berlaku dalam keluarganya dalam diselesaikan dengan baik.
“Harapan saya sudah pasti mahu meredakan segala polemik yang berlaku. Saya mengaku apa yang terjadi adalah salah saya. Saya juga harap tiada pihak yang mengeruhkan lagi keadaan. Saya juga manusia biasa, ada silap dan sentiasa ingin perbaiki diri,” ujarnya. Terdahulu, Abby mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang menuntutnya membuat memohon maaf kepada isteri pertama Aslam atau madu Marissa iaitu Umisya Mazlan.
Abby sebaliknya meminta Aslam untuk datang memohon maaf kepadanya. Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023. Bagaimanapun, Aslam menerusi platfrom Thread tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Abby Abadi dan mengakui kekhilafannya.
Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.