Tak pernah rasa malu dengan fizikal anak, Andika Putera luah rasa syukur dan bangga dengan kehadiran Alisha

Advertisements
Advertisements

Pempengaruh Andika Putera sama sekali tidak pernah berasa malu dengan keadaan anak perempuannya, Alisha Puteri meskipun kanak-kanak itu mempunyai kekurangan dari segi fizikal. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Andika mendedahkan komen negatif yang dilemparkan mengenai cahaya matanya itu. Tidak berdiam diri, Andika kemudian menegaskan bahawa dia sangat bersyukur dan berbangga dengan kehadiran Alisha. Klik sini untuk lihat video.

“Saya pun pernah beritahu bekas isteri saya, kita tak perlu malu, dedahkan dan bangga dengan apa sahaja yang Allah berikan kepada kita. Saya banyak kongsikan journey Alisha dan Alhamdulillah ramai ibu bapa yang DM (direct message), malah mereka lebih semangat selepas tengok konten saya. Jadi, jangan pernah menilai hati saya kerana Allah sahaja yang tahu. Alhamdulillah, saya bertanggungjawab terhadap anak saya dan bergilir-gilir menjaga dia dengan bekas isteri.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan Andika sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab dan penyayang. “Dia memang bangga dengan anak dia, aku follow sejak lahir lagi. Dia turunkan ego berbaik dengan bekas isteri untuk bahagiakan anak.” “Kalau bab ni bagi saya Andika sikit pun tak malu, betul la dia cakap dia bangga dengan anak dia. Kalau dia rasa malu dia takkan post.”

“Saya sangat hormati cara dia dan bekas isteri jaga anak, tengok Alisya gembira je dapat kasih sayang.” Sekadar info, sekitar Januari lalu Andika menamatkan zaman dudanya dengan mendirikan rumah tangga bersama Dr Amalina. Difahamkan, Andika dan bekas isteri, Ananda Natasha pernah bercerai buat kali pertama pada tahun 2022 atas faktor tiada persefahaman, namun rujuk semula demi kebaikan anak, Alisha Puteri sebelum mengambil keputusan berpisah semula pada Disember 2023.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *