Usahawan sensasi, Kak KM hadiahkan Ustazah Asni Mansor cincin emas bersempena dengan ulang tahun kelahiran pendakwah selebriti itu. Menerusi perkongsian Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli, dia telah memandu sendiri kereta ke kampung halaman ustazah untuk memberikan cincin emas sebagai hadiah ulang tahun kelahiran. Dapat dilihat kedua-dua mereka begitu rapat apabila saling bergurau dan Ustazah Asni sendiri melayan Kak KM seperti sahabat lama. Klik sini untuk lihat video.

Dalam video yang dikongsi, Ustazah Asni turut berseloroh meminta usahawan itu menyarungkan cincin emas tersebut dijarinya sebagai tanda terima kasih diatas pemberian tersebut. Mereka juga dilihat sempat ‘merempit’ bersama mengelilingi kampung dengan motosikal apabila pendakwah berkenaan memboncengkan Kak KM bersama-sama.
Momen-momen tersebut telah mendapat respon positif daripada netizen di media sosial apabila masing-masing berasa suka dengan keakraban kedua-dua mereka. Ada juga yang memuji Ustazah Asni kerana langsung tidak memilih dalam berkawan dan Kak KM juga yang tidak kekok merapatkan diri dengan pendakwah walaupun kedua-duanya berbeza latar belakang kerjaya.




Semoga kedua-dua insan hebat ini terus bersahabat sehingga ke Jannah dan memberi inspirasi kepada semua orang seperti yang dilakukan sekarang. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.