BELUM genap sebulan selepas kembali rujuk, pasangan pempengaruh media sosial, Siti Jamumall dan suaminya, ‘Aiman Tak Kisah’ berpisah buat kali kedua, awal pagi Khamis. Talak dilafazkan oleh Khairul Aiman Abdul Kudus, 22, menerusi satu siaran langsung di platform TikTok yang dibuat Siti Jamumall atau nama sebenarnya, Siti Suriani Wahiddin, 26. Rakaman tersebut kemudiannya tular dan dikongsikan semula di pelbagai platform media sosial.
“Siti Suriani binti Wahiddin, aku ceraikan kau dengan talak dua. See you in court,” demikian lafaz yang dilontarkan Aiman kepada isterinya. Terdahulu menerusi rakaman itu, kelihatan berlaku pertengkaran antara pasangan berkenaan sebelum talak dilafazkan. Ketika mereka bertengkar, kedengaran Aiman menyebut tentang, dipercayai merujuk kepada temu bual bersama wartawan portal ini mengenai kisah perpisahan mereka pada 6 Mei lalu.
Selepas dilepaskan, Siti Jamumall dilihat ditenangkan oleh dua individu lain yang berada bersamanya. “Jangan menggigil, jangan menggigil,” kedengaran suara salah seorang individu menenangkan Siti Jamumall dalam video berkenaan. Lafaz itu dilihat diulang sebanyak tiga kali oleh Aiman sebelum video berkenaan dihentikan secara mengejut. Untuk rekod, pasangan itu sebelum ini pernah berpisah dan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 6 Mei lalu.
Namun, mereka mengambil keputusan untuk kembali rujuk dalam tempoh kurang 24 jam selepas pengesahan lafaz cerai dibuat. Siti Jamumall kini sedang hamil lima bulan hasil perkahwinan bersama Aiman. Difahamkan, mereka mendirikan rumah tangga di Satun, Thailand pada awal Jun 2024. Ini merupakan perkahwinan kedua buat Siti Jamumall yang sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohammad Syafiq pada 2019 dan berpisah pada Disember 2022.
Hasil perkahwinan terdahulu, dia dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.