Dapat layanan 5 bintang dari mertua ketika berpantang, ramai yang cemburu dengan Elisya Sandha

Advertisements
Advertisements

Sepotong video memaparkan pelakon dan penerbit, Sheila Rusly menyediakan makanan berpantang untuk menantunya yang juga aktres, Elisya Sandha mencuri perhatian wargamaya. Menerusi hantaran di TikTok, Sheila, 53, berkata, dia berasa gembira apabila menantunya itu mahu menjalani proses berpantang di rumahnya. “Bila anak menantu Elisya Sandha cakap ‘nak berpantang rumah mama’, gigih sis (panggilan Sheila) rancang menu.” Klik sini untuk lihat video.

Elisya juga dilihat begitu selera menikmati juadah yang disediakan lantas memeluk erat ibu mentuanya sebagai tanda terima kasih atas layanan diberikan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya menyifatkan adik kepada Fasha Sandha itu sebagai menantu bertuah. Malah, tidak kurang juga yang menggelar Sheila sebagai ‘ibu mentua dari syurga’.

“Kalau saya jadi Elisya beranak ramai pun tak kisah kalau mak mentua baik macam ini.” Semoga anak perempuan saya dapat mentua macam Sheila Rusly.” “Beruntungnya Elisya dapat mentua baik macam Sheila Rusly.” Pada Jumaat lalu, Elisya berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan cahaya mata kedua yang diberi nama Bahtera ElHaq.

Untuk rekod, Elisya mendirikan rumah tangga dengan anak sulung Sheila iaitu Uzair Haqimy pada Ogos 2017 dan dikurniakan seorang puteri, Bunga Elhaq yang kini berusia hampir tiga tahun. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *