Sejak semalam, tular satu video memaparkan sebuah kenderaan jenis Perodua Axia berwarna merah dilihat mengangkut banyak barang di atas bumbung serta sisi kereta hingga mencetuskan kegusaran ramai. Ada yang mendakwa pemandu sedang berpindah dan ingin berjimat cermat, oleh itu dia tidak menggunakan khidmat lori dan mengangkut barang-barang kepunyaannya menggunakan kereta sendiri.
Namun tidak lama selepas itu, tular satu video memaparkan barang-barang yang diangkut kenderaan tersebut jatuh terburai di atas jalan hingga menyebabkan kesesakan lalulintas dan ada kenderaan yang hampir berlanggar dengan Axia merah tersebut. Barang-barang yang berlonggok di atas jalan raya itu pula kelihatan seperti tilam dan katil yang sudah rosak bersama kayu-kayu yang usang. Klik sini untuk lihat video.

Rata-rata yang melihat video yang dikatakan berlaku di Bukit Changgang, Sepang itu tertanya-tanya apakah yang sedang dilakukan oleh pemandu terbabit dan adakah benar dia ingin berpindah. Namun seorang warganet tampil memberi penjelasan dengan mendakwa bahawa pemandu kenderaan itu merupakan seorang pakcik yang memiliki sebuah bengkel kereta. Malah pakcik itu juga pernah viral beberapa kali sebelum ini kerana menggunakan kenderaan pelanggannya dan melakukan perkara yang sama sehingga kenderaan itu terlibat dalam kejadian tak diingini. Alamak naya kalau betul macam ni…

Selain dari komen itu, ramai juga di kalangan netizen yang berharap agar pihak bertanggungjawab memantau pemandu berkenaan dan kemungkinan besar boleh membantunya jika sedang berdepan dengan sebarang masalah. Risau kalau barang tu terjatuh atas penunggang motosikal atau kenderaan sebelah. Bahaya tu…
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.