Usahawan dan selebriti media sosial, Tya Arifin menerima teguran wargamaya selepas dia memuat naik gambar menampakkan rambut di Instagram miliknya. Menerusi beberapa foto yang dikongsikan, Tya dilihat mengenakan baju berona putih yang digayakan bersama selendang berwarna sama. Walau bagaimanapun, isteri kepada Asyraf Khalid itu dipercayai tidak memakai anak tudung sehingga menampakkan bahagian depan rambutnya.

Sementara itu, satu lagi perkongsian turut mengundang perhatian yang mana memperlihatkan Tya menggayakan tudung berona hitam. Foto itu juga menampakkan anak rambutnya. Susulan itu, rata-rata warganet yang singgah ke ruangan balas menegur menantu kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Wargamaya meluahkan rasa kecewa terhadap Tya dan berharap foto yang dikongsikan itu bukan bayangan untuk dia menanggalkan tudung.
Jelas mereka lagi, meskipun Tya mahu berfesyen dengan gaya yang ditampilkan, namun aurat sebagai seorang Muslimah berhijab harus dijaga. Tidak kurang juga yang mendoakan ibu kepada tiga cahaya mata itu supaya terus istiqamah dan diberi kesedaran. Sumber: OhBulan. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.