Anak kepada usahawan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim iaitu Maryam Nur Amani dimasukkan ke hospital apabila mengalami kecederaan di bahagian tangan selepas terkena pisau mesin kisar. Kecelekaan itu dikongsi oleh Bonda Rozita menerusi perkongsian di Instagram pada Ahad. Menurut Bonda Rozita, kejadian itu terjadi apabila Maryam dengan tidak sengaja menghidupkan mesin tersebut ketika cuba memasang pisau di dalamnya.

“Dia nak buat protein shake, ter ‘on’ blender masa nak pasang blade. Bonda susah nak imaginasi bagaimana boleh terkena blender.” Maryam kemudiannya dikejarkan ke hospital selepas tangannya berlumuran darah. Jelas Bonda Rozita lagi, pemeriksaan doktor mendapati saraf di bahagian tangan putus dan pembedahan kecil perlu dijalankan. “Tak pernah dibuat orang luka sebab blender.
Ni sebab pandai sangat memasak. Petang masuk hospital budak bertuah ni tangan luka kena jahit. Doktor kata salah satu saraf putus dan kena jahit untuk sambung.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.