Dulu selalu bagi nasihat pada Thalita dalam bidang nyanyian, sekarang Watie pula pening bila dia menyanyi tak berhenti

Advertisements
Advertisements

ISTERI pelawak Shuib sentiasa memberi nasihat dan sokongan kepada anak tirinya iaitu Dzakira Thalita Zahra dalam bidang nyanyian. Kata Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, sebelum ini Thalita kurang menunjukkan minat terhadap nyanyian sehingga dia perlu mengingatkannya untuk berlatih. “Dulu Mummy selalu cakap Ta (panggilan Thalita) kalau awak nak jadi penyanyi awak kena betul-betul tunjukkan minat.

Kena dengar banyak lagu, tahu banyak lagu, selalu menyanyi duduk dapur menyanyi, duduk bilik air menyanyi, duduk dalam kereta dengar lagu,” katanya. Watie berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang memaparkan Thalita sedang khusyuk menyanyikan lagu Bersamamu nyanyian Allahyarham ibunya Siti Sarah. Namun semuanya sudah berubah apabila Talita kini benar-benar bergelar penyanyi.

Jelasnya, anak tirinya itu kini tidak pernah berhenti menyanyi di merata tempat sehingga ia memeningkan kepalanya. “Sudahnya sekarang bila dia sudah terlampau minat menyanyi dekat semua tempat dia ajak menyanyi. Sampai kadang-kadang Mummy terpaksa cakap Ta sudahlah itu. Diam sekejap boleh tak? Mummy pening,” ujarnya. Untuk rekod, Thalita adalah anak hasil perkahwinan Shuib dengan Allayarham Siti Sarah Raisuddin.

Bagaimanapun penyanyi berkenaan pergi menghadap illahi pada 9 0gos 2021 akibat jangkitan Covid-19. Selain Talita, hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, Ariq Matin dan Ayash Affan. Kemudian Shuib kembali bertemu jodoh dengan Watie Hanifiah pada Jun 2023. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *