Habiskan RM1 juta untuk sambutan hari jadi anak, ramai yang terkejut tengok hadiah yang Farhana Zahra bagi

Advertisements
Advertisements

Sambutan ulang tahun kelahiran anak kepada usahawan, Farhana Zahra baru-baru ini meraih perhatian ramai. Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Farhana yang berasal dari Kelantan menghadiahkan pelbagai barangan mewah bernilai kira-kira RM1 juta kepada anaknya yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-11.  Antara hadiah eksklusif yang diterima termasuk sebuah komputer Apple, jam tangan jenama Rolex dan sebuah kereta mewah Toyota Vellfire. Klik sini untuk lihat video.

Menurut Farhana, sambutan itu dirancang secara rahsia kerana mahu memberikan kejutan istimewa buat anak tersayang. “Saya sengaja buat-buat lupa masa hari jadi dia sebab saya dah plan nak buat semua ni. Sebab tu dia cakap, ‘Yaya ingatkan mama lupa birthday Yaya.’” Dalam pada itu, Farhana turut menzahirkan harapan agar pemberian tersebut menjadi kenangan manis buat anaknya, selain meluahkan rasa syukur kerana berpeluang meraikan dengan cara tersendiri.

“Maafkan mama, ni je mama mampu bagi untuk anak mama. RM1 juta sahaja mama habiskan untuk birthday kali ini.” Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi daripada warganet, dengan ramai yang teruja melihat sambutan mewah tersebut dan memuji usaha Farhana dalam membahagiakan anaknya. Namun tidak kurang juga ada yang menasihati Farhana agar tidak bersikap riak dengan apa yang dimilikinya.

“Alhamdulillah, rezeki anak. Anak aku cuma dapat chiller je.” “RM1 juta lah termasuk kereta.” Bestnya dapat mak macam ni.” “Anak org kaya guys, mak dia keje keras nak bagi anak-anak dia senang. Kalau kita di tempat dia pun macam-macam kita buat untuk anak-anak kita.” “Jangan dimewahkan anak-anak sangat. Kita tak tahu masa depan kita mungkin hadapi titik terendah dan anak tak boleh adapt benda tu. Sakit woo. “Riak sangat ayat tu. Tak cemburu tapi nampak riak di situ.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *