Harga beg je RM80k, Safwan Nazri terkedu bila Cik B dedah harga beg dan baju lagi mahal dari harga kereta

Advertisements
Advertisements

Pelakon Safwan Nazri terkesima dengan harga barang-barang yang dipakai oleh personaliti media sosial, Cik B. Menerusi podcast Sembang Seram, Safwan bertanya kepada Cik B tentang harga baju yang dipakai dan aksesori yang digayakannya. Selain ‘MALIK’, Irfan Zaini Pada Mulanya Diberi Watak PABLO Dalam Blood Brothers [SHOW DALAM BILIK]. Klik sini untuk lihat video.

“Baju hoodie RM8,000, t-shirt dalam RM4,000 tapi orang semua tahu saya memang peminat Balenciaga sebab logo ‘B’. Banyak pasang saya ada, saya pun tak terkira sampai kawan sempat ambil baju. Harga cincin dalam RM2,000 sahaja. Yang Gucci pula harganya dalam RM1,500.” Tidak hanya itu, Cik B atau nama lengkapnya Edlynn Zamileen Muhammad Amin juga memiliki beg tangan yang berharga puluhan ribu ringgit.

“Beg tangan pula, saya banyak pakai LV dan Chanel tapi sekarang saya pakai Birkin. Beg Birkin itu harganya RM80,000. Kalau nak tahu orang itu setia atau pun tidak, dia akan pakai beg tangan satu sahaja dan tak tukar. Itu apa yang mak saya cakap.” Safwan dilihat memberi reaksi terkejut selepas anak kepada usahawan, Datu Seri Vida itu menyebut harga bagi setiap barang jenama mewah miliknya.

“Patutlah dia setia beg dia RM80,000..lebih mahal daripada Honda City. Kalau kita beg RM40, RM50..paling mahal pun RM390, memang tak setialah. Saya kalau nak beli barang Balenciaga, 40 kali fikir. Tak mengapalah, disebabkan sudah bekerja penat-penat saya pun beli sepasang kasut. Selepas itu saya berasa berat apabila isteri pula minta beg tangan. Cik B datang podcast ni, harga barang-barang dia sama dengan harga kamera yang ada di sini.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut terkejut apabila mendengar harga-harga bagi setiap item yang disebut Cik B. Bagaimanapun, mereka tetap memuji Cik B yang disifatkan merendah diri meskipun memiliki pelbagai barangan mewah. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *