Spekulasi bakal disatukan tak lama lagi, rakan artis beri bayangan tentang hari bahagia Bella Astillah dan Syed Saddiq

Advertisements
Advertisements

HUBUNGAN mesra penyanyi Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq terus menjadi bualan netizen apabila pasangan itu dikatakan bakal melangsungkan hari bahagia dalam masa terdekat. Dakwaan itu timbul susulan beberapa persiapan yang dilihat sedang dilakukan oleh pasangan itu menjelang majlis tersebut. Lebih menarik perhatian, beberapa rakan artis termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dikatakan memberi bayangan tentang perkara itu.

Menerusi tangkap layar yang tular di Threads, peminat mula mengaitkan beberapa petunjuk bahawa Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabella Awang Astillah, 32, dan Syed Saddiq mungkin akan disatukan tidak lama lagi. Dalam perkongsian yang tular itu, seorang peminat berjaya mengumpulkan beberapa petunjuk yang dipercayai mempunyai kaitan dengan hari bahagia pasangan tersebut. 

Antara rakan artis yang didakwa memberikan petunjuk itu termasuk Ben Ali, Nur Fazura serta abang Syed Saddiq dikenali Space Dolla. “Tak sabarnya nak tunggu seminggu selepas raya,” tulis Ben Ali.  Sementara itu, Fazura dalam satu siaran langsung berkata dia sudah menyediakan baju berwarna kuning untuk dipakai semasa majlis rakannya dalam masa terdekat.

“Saya ada baju ini warna kuning yang mana akan dipakai pada majlis yang sangat bermakna dalam masa terdekat. Ia adalah bagi meraikan kebahagiaan rakan saya,” ujarnya. Di ruangan komen, peminat turut mendedahkan abang Syed Saddiq kini sedang mencari baju berwarna kuning untuk dipakai pada 28 Mac ini.

Rata-rata peminat menzahirkan rasa teruja dan tidak sabar menantikan berita baik itu menjadi kenyataan. Untuk info, Bella Astillah pernah mendirikan rumah tangga Bersama Aliff Aziz pada 9 September 2016 dan sah bercerai kali kedua pada 13 Jun 2024. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.