Penyanyi, Azza Elite tampil memberi respon terhadap tuduhan individu yang mendakwa dirinya sebagai artis yang tidak semenggah dan sendu. Menerusi perkongsian di Threads, Azza memohon maaf sekiranya tidak bersalaman seperti yang diharapkan. “Minta maaf kalau saya tidak salam datin ke apa sebab mana mungkin B40 macam saya nak salam datin T20. Saya ni ada penyakit rendah diri. Sendu tu okaylah datin umur macam kita ni takkan la sama dengan yang 20 tahun kan.”

Mengulas mengenai dakwaan dirinya kelihatan sendu, Azza berpendapat perubahan tersebut selari dengan peningkatan usia dan kematangan diri. Menurutnya lagi, fokus hidupnya kini lebih kepada keluarga, ibadah serta menguruskan perniagaan sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. “Masa 20 tahun tu dah terpaling dah datin.
Umur 40 ni eloklah sendu sikit. Luangkan masa bersama keluarga, pergi masjid dan berniaga. Saya pula bos tak pakai duit datuk, pakai duit sendiri saja. Title artis tak bawa ke kubur datin, usia kita macam ni sendu tu perlu tenang-tenang saja.” Terdahulu, seorang individu mendakwa Azza artis yang tidak semenggah dan kelihatan sendu selepas bertemu dengannya.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.