Pelakon Shaheizy Sam menjelaskan bahawa walaupun terkenal dengan watak sebagai ‘Mat Rempit’ seperti dalam filem Adnan Sempit, filem Bohsia, dan filem Mat Moto, dia sebenarnya takut untuk menunggang motosikal. Menerusi satu video temubual di TikTok, pemilik nama Shaheizy Sam Abdul Samad berkongsi bahawa terdapat satu babak menunggang motosikal dalam sesebuah filem itu dilakonkan oleh orang lain kerana dia tidak berani. Klik sini untuk lihat video.

“Sejujurnya, melalui lakonan saya dalam filem Adnan Sempit, filem Bohsia dan filem Mat Motor, ramai yang gelar saya sebagai seorang ‘mat rempit’. Sampai ke hari ini, orang panggil saya ‘mat rempit’. Tapi saya sebenarnya takut bawa motosikal. Ada dalam salah satu babak aksi motosikal terpacak ke hadapan, babak tersebut sebenarnya dilakonkan oleh orang lain kerana saya sendiri tidak berani bawa motosikal.”
Katanya lagi, jika mempunyai motosikal di rumah, dia hanya akan menunggangnya di kawasan taman perumahan kerana memikirkan kemungkinan kejadian buruk. “Kalau saya ada motosikal di rumah, saya hanya berani menunggangnya di dalam kawasan taman perumahan sahaja. Sebab dalam fikiran saya sering terlintas pelbagai kemungkinan, seperti bagaimana jika tayar tiba-tiba tercabut, atau bahagian belakang motosikal saya tidak disedari oleh orang lain dan dilanggar.”
Dalam pada itu, Sam berpendapat motosikal tidak dilindungi seperti kereta yang dibalut besi, justeru sebarang kemalangan biasanya menimpa penunggang terlebih dahulu. “Bagi saya, motosikal ini ibarat kita yang ‘membalut’ motosikal itu. Berbeza dengan kereta yang dilindungi oleh rangka besi. Jadi, apa sahaja yang berlaku ketika menunggang motosikal, kita yang akan tercedera dahulu sebelum motosikal itu.”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.