Setiap kesilapan yang berlaku bukanlah penamat, Abby Abadi titipkan kata kata semangat dan nasihat buat Marissa Dania

Advertisements
Advertisements

Pelakon Abby Abadi menitipkan kata-kata semangat dan nasihat buat Marissa Dania selepas anaknya selesai menghadiri prosiding mahkamah bagi pengesahan lafaz cerai dan rujuk. Menerusi hantaran di Instagram, Abby atau nama lengkap Arbaiyah Abdul Manan, 48, memberi kekuatan emosi kepada anaknya agar terus tabah menghadapi ujian hidup.

“Pusing-pusing dulu lihat keindahan bumi ciptaan Allah ini. Bagi peluang untuk diri merasa nikmat kehidupan yang Allah anugerahkan. Kalau hari ini adik (Marissa) belum faham erti hidup, tidak apa, yang penting terus belajar. Jangan buat sesuatu sebab ramai buat. Tapi buat bila sesuatu itu memberi ‘nilai’ untuk hidup adik.” Tambah Abby, setiap kesilapan yang berlaku bukanlah penamat, sebaliknya proses pembelajaran untuk menjadi individu yang lebih matang.

“Nilai hidup bukan pada siapa paling hebat, tapi pada jiwa dan hati yang tenang. Nasihat mama, adik baru 20 tahun. Kesilapan itu bukan makna adik gagal. Itu tanda sedang belajar jadi manusia yang lebih baik dan matang. Anak mama kuat. Insya-Allah, sekali lagi.” Terdahulu, pagi Isnin, Marissa bersama suaminya, Ahmad Aslam hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk melibatkan perkahwinan mereka.

Menurut peguam syarie yang mewakili Aslam, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri, anak guamnya itu telah melafazkan cerai dan rujuk terhadap isteri keduanya sebanyak dua kali. Difahamkan, lafaz cerai pertama berlaku pada September 2024 sebelum pasangan itu kembali rujuk pada bulan sama. Namun, pada April 2025, Aslam sekali lagi melafazkan cerai sebelum mereka dilaporkan rujuk semula pada Jun.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.