Teruk kena kritik dengan warganet, Aslam muat naik video beri penjelasan tentang isu pernikahannya

Advertisements
Advertisements

Pempengaruh, Ahmad Aslam tampil memberikan penjelasan berhubung isu pernikahannya bersama Marissa Dania yang mencetuskan spekulasi susulan pasangan itu hanya memiliki salinan sijil pernikahan meskipun perkahwinan mereka telah didaftarkan secara sah. Menerusi muat naik di Instagram, pemilik nama Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 27, berkata penjelasan itu dibuat bagi mengelakkan fitnah serta memberi gambaran sebenar kepada orang ramai berhubung isu yang diperkatakan. Klik sini untuk lihat video.

Menurut peguam syarie yang mewakili Aslam iaitu Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri, pasangan itu telah memperoleh sijil nikah dan perkahwinan mereka adalah sah mengikut syarak. “Kekeliruan yang pertama adalah tentang bila Aslam daftar nikah atau daftar lambat. Kalau diikutkan apa yang dia buat inilah proses paling cepat yang kita dapat laksanakan.

Kalau ikutkan Aslam tidak boleh nak failkan apa-apa kes selepas daripada ini tapi kita berjaya untuk failkan. Nikah di Thailand sudah pun selesai dan sebenarnya, cerita itu telah pun ditutup. Pernikahan mereka adalah sah mengikut hukum syarak. Sijil nikah mereka berjaya peroleh. Kalau tiada sijil nikah mereka tidak dapat nak buat proses seterusnya.”

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan semalam menangguhkan prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk pasangan sensasi itu. Untuk rekod, Aslam didakwa telah melafazkan cerai terhadap Marissa sebanyak dua kali, iaitu pada September 2024 sebelum kembali rujuk dalam bulan yang sama. Dia kemudian sekali lagi melafazkan cerai pada April 2025 dan pasangan itu difahamkan kembali rujuk pada Jun tahun sama.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.