Tengah hangat tentang kemelut rumahtangga, Azza Elite tampil beri nasihat buat Marissa Dania

Advertisements
Advertisements

Penyanyi Azza Elite tampil memberikan nasihat dan kata-kata semangat kepada anak pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim, iaitu Marissa Dania susulan kemelut yang melanda rumah tangganya. Menerusi hantaran di Threads, Azza atau nama lengkapnya Noor Azzarima Zawari, 49, menasihati Marissa agar terus melangkah ke hadapan demi mencari kebahagiaan sendiri.

“Adik make a move please. Auntie Azza doa adik dikurniakan kemudahan dalam menangani isu ini. Auntie Azza tahu adik bijak. Dan adik semakin nampak, jadi this time make a move adik. Adik akan jumpa kebahagiaan.” Azza turut menitipkan pesanan agar isteri kedua kepada pempengaruh, Aslam, itu tidak lagi menoleh ke belakang, sebaliknya memberi fokus untuk mencari ketenangan dan memulihkan diri.

“Semoga Allah permudahkan urusan adik. Kalau jalan tu lambat, adik berlari lah. Semua orang nak adik bahagia. Adik kena tahu tu. Semua orang sayang adik, adik move je. Adik dah buat satu benda baik untuk orang. Pengorbanan adik tu tak akan sia-sia. Allah akan ganti yang lebih baik. Sebelum ini, Marissa mendakwa isu lama membabitkan dirinya dan suami terus dibangkitkan oleh pihak tertentu. Malah, dia menegaskan bahawa perkara yang berlaku sebelum perkahwinan tidak seharusnya lagi dijadikan isu.

Terdahulu, pagi Isnin, Marissa bersama suaminya, Ahmad Aslam hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk melibatkan perkahwinan mereka. Menurut peguam syarie yang mewakili Aslam, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri, anak guamnya itu telah melafazkan cerai dan rujuk terhadap isteri keduanya sebanyak dua kali.

Difahamkan, lafaz cerai pertama berlaku pada September 2024 sebelum pasangan itu kembali rujuk pada bulan sama. Namun, pada April 2025, Aslam sekali lagi melafazkan cerai sebelum mereka dilaporkan rujuk semula pada Jun.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.