Hantaran terbaharu yang dikongsikan oleh anak bongsu kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Maria Danisha Hakim telah menyorot perhatian ramai. Menerusi hantaran di TikTok, Maria Danisha memuat naik sekeping foto semasa dirinya ketika masih kecil. Meskipun tidak menyatakan dengan terperinci, namun coretan yang ditulis pada ruangan kapsyen foto tersebut seolah-olah menggambarkan keadaan dirinya ketika ini.


“Hati yang tenang menyimpan segala-galanya, takut menjadi beban. Terus mencuba berulang kali tanpa dilihat, menunggu seseorang untuk menyedari usaha itu. Apabila saat itu akhirnya tiba, perhatian diberikan kepada yang lain. Tiada kata-kata yang diucapkan, tiada keluhan yang dibuat, tetapi usaha yang paling senyap pun membawa begitu banyak kesakitan dan ia tetap layak untuk dilihat, dirasai, dan diraikan.”



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sedih terhadap Maria Danisha selepas membaca luahan perasaan itu. Dalam masa yang sama, mereka juga memberikan kata-kata semangat kepada Maria Danisha dan mengucapkan tahniah atas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diterima baru-baru ini. Terdahulu, kisah rumah tangga kakak kepada Maria Danisha iaitu Marissa Dania mendapat reaksi ramai selepas dia serta suami, Aslam hadir ke mahkamah bagi prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk yang berlaku sebanyak dua kali.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.