Dikatakan punca keretakan rumahtangga, ini pula kenyataan dari pengurusan Alya Iman

Advertisements
Advertisements

Pengurusan Alya Iman, Stars Powerhouse Entertainment menafikan dakwaan yang mengaitkan pelakon sebagai punca keretakan rumah tangga pasangan artis yang tular di media sosial baru-baru ini. Dalam satu kenyataan, syarikat pengurusan itu memandang serius penyebaran kenyataan palsu berkenaan yang disifatkan sebagai tidak benar serta berunsur fitnah. Menurut mereka, tuduhan yang dilemparkan bukan sahaja tidak berasas malah boleh menjejaskan reputasi Alya yang juga anak pelakon veteran, Allahyarham Azmil Mustapha sebagai seorang artis.

“Stars Powerhouse Entertainment memandang serius penyebaran kenyataan palsu yang mengaitkan artis kami, Alya Iman, dengan isu perceraian pasangan artis yang tular baru-baru ini. Tuduhan ini adalah tidak benar, berunsur fitnah dan menjejaskan reputasi,” kata Stars Powerhouse Entertainment dalam satu kenyataan hari ini. Sehubungan itu, pihak pengurusan menegaskan mereka tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam penyebaran dakwaan tersebut.

“Kami tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat. Hentikan penyebaran serta-merta dan turunkan semua kandungan berkaitan di semua platform,” ujarnya lagi. Sebelum ini, Alya dilaporkan pernah membuat laporan polis berhubung fitnah di media sosial yang mengaitkan dirinya sebagai punca keretakan rumah tangga pasangan selebriti terbabit.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.