PASANGAN selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman memilih untuk tidak terburu-buru mengulas dakwaan bakal menimang cahaya mata. Kata Fattah, 36, mereka sama sekali tidak berniat untuk merahsiakan perkara baik, namun memerlukan ruang sehingga tiba masa yang sesuai untuk diumumkan. “Macam kami cakap sebelum ini, Insya-Allah masa itu akan sampai. Sama ada cepat atau lambat, masa itu akan sampai. Kami akan umumkan bila semua sudah bersedia.
Yang penting kita nak peminat dan rakan-rakan media mendoakan yang baik-baik. Sebab apa pun kita nak semuanya dipermudahkan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Seri Syawal Usanita pada Khamis. Sementara itu, Amira kekal tenang dan positif dalam menghadapi teka-teki peminat mengenai status dirinya. Baginya, soalan mengenai zuriat selepas berkahwin adalah perkara lumrah bagi setiap pasangan selebriti.
“Kalau ada benda baik saya akan kongsi. Kalau saya pilih untuk tak komen, pastinya kita sudah fikirkan apa yang terbaik pada waktu bila nak berkongsi. Saya yakin peminat-peminat semua faham. Mereka pun menghormati kita punya keputusan sama ada nak kongsi atau tak kongsi,” ujarnya. Dalam masa sama, Fattah turut memberikan respons mengenai pendapat segelintir pihak yang menyatakan dirinya kelihatan lebih ‘glowing’.
“Alhamdulillah kalau tengok daripada segi fizikalnya Alhamdulillah nampak sihat, ‘glowing’ juga ya Alhamdulillah. Kalau yang baik-baik itu keluar daripada mulut mereka, tak kisah di platform mana sekalipun, kami ucapkan terima kasih. Teruskan doa yang baik-baik, cakap yang baik-baik kepada kami,” katanya. Untuk rekod, Fattah dan Amira sah bergelar suami isteri pada 14 September tahun lalu.
Fattah pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Fazura pada 27 November 2017 sebelum berpisah pada 7 Oktober 2024. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.