Teruk kena kritik dengan warganet, Abby Abadi minta pandangan warganet berkenaan isu buli siber

Advertisements
Advertisements

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi meluahkan kebimbangannya susulan isu gangguan serta buli siber yang didakwa dihadapi di media sosial. Menerusi satu perkongsian di platforms Threads, Abby secara terbuka meminta pandangan dan nasihat daripada orang ramai, khususnya berkaitan langkah terbaik untuk menangani situasi tersebut dari sudut undang-undang.

“Ye ke dengan mahkamah boleh selesai semua masalah? Tapi ambil masa yang panjangkan? Kos besar lagi… ada tak sini yang bleh bagi khidmat nasihat untuk saya. Contoh untuk Cyberbully, jauhkan seseorang dari gangguan, stop difitnah dan nafkah yang bertangguh,” tulisnya. Sementara itu, Abby menegaskan dia mencari pandangan daripada individu yang benar-benar berpengetahuan agar setiap langkah yang diambil nanti lebih tepat dan berkesan.

“Nak dengar khidmat nasihat dari seseorang yang betul-betul pandai menasihat & boleh diterima akal. Serius lah.. zaman caci maki hamun sekarang ni sangat menakutkan. Nak bawa kemana perangai tu Adik, Kakak, abang, Achik sekelian? Tak takut mati ke?,” tambahnya. Terdahulu, Abby Abadi berkongsi di Threads mengenai hantaran netizen yang didakwa cuba memfitnahnya dan bercakap buruk mengenainya di media sosial.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *