Mas kahwin RM300 dan senaskah al Quran sebagai hantaran, Nadzmi Adhwa kongsikan tentang keperibadian Ardell Aryana

Advertisements
Advertisements

Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Nadzmi Adhwa berkongsi tentang keperibadian isteri tercinta, Ardell Aryana. Menerusi hantaran di Threads, Nadzmi, 33, berkongsi tentang pemberian mas kahwin dan hantaran yang diminta oleh Ardell. Permintaan yang disifatkan sederhana itu telah membuatkan Nadzmi berasa sebak dan bersyukur dikurniakan Allah SWT seorang isteri yang tidak terlalu mementingkan kemewahan di dunia.

“Hanya mas kahwin RM300 sebab di Selangor dan senaskah Al Quran sebagai hantaran nikah kita, untuk miliki awak tujuh tahun lalu. Itu sahaja permintaan awak untuk saya halalkan. Tiba-tiba nak subuh ni, sayu sekejap teringat. Allah kurniakan saya isteri yang sangat tak mengejar dunia.” Dalam masa sama, Nadzmi turut berharap agar perjuangan Ardell membantu saudara Islam di Palestin dipermudahkan dan dapat pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat.

“Terima kasih Allah atas kurniaan mu. Semoga Allah redha atas niat awak dan pengorbanan awak. Biar Allah dan saya sahaja tahu apa niat awak ke sana. Selamat pergi dan kembali pada saya dan anak-anak ya.” Terdahulu, Nadzmi berkongsi momen mengiringi Ardell di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk berlepas ke Barcelona bagi meneruskan misi Global Sumud Flotilla 2.0.

Selain Ardell, antara personaliti dan pendakwah yang turut serta dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 ini adalah pasangan beradik Heliza dan Hazwani Helmi, PU Rahmat, PU Amin, Imam Asyraf dan Haroqs. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *