Banyak bergaul dengan jemaah tabligh, Aliff Aziz akui belum terbuka hati untuk mencari pengganti

Advertisements
Advertisements

Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz, menegaskan bahawa dia masih solo dan belum terbuka hati untuk mencari pengganti walaupun bekas isterinya, Bella Astillah, kini bertunang dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Memetik laporan daripada Utusan Malaysia, Aliff menyatakan rasa gembira melihat bekas isterinya bahagia dan mendoakan hubungan mereka berkekalan hingga hujung nyawa.

Ujar Aliff, fokus utama kini adalah memperbaiki diri dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya, sambil menyerahkan urusan jodoh kepada Allah. “Banyak perkara saya mahu perbaiki dan usahakan, seperti sedang usaha lebih cergas dan fokus kepada kerjaya.

Kalau ada rezeki (berkahwin), itu Allah yang tentukan dan semestinya di luar kawalan saya. Buat masa ini saya masih ‘single’ (solo), belum bertunang dan berkahwin lagi,” katanya. Selain menumpukan kerjaya, Aliff juga memilih mendekatkan diri kepada Allah dengan menghadiri kelas agama dan bergaul bersama jemaah tabligh di Singapura.

Aktiviti ini bukan bertujuan berdakwah, tetapi memberikan ketenangan dalam mengurus tekanan hidup, termasuk menghadapi kecaman media sosial yang masih diterimanya akibat kontroversi lalu. “Allah bagi ketenangan untuk hadapi semua kecaman. Keutamaan saya adalah untuk beri yang terbaik buat diri sendiri. Kalau saya ada buat salah pada sesiapa, sekurang-kurangnya saya kena kenal untuk minta maaf.

Tapi macam mana pula dengan kata-kata kesat daripada orang yang saya tak kenal? Biarlah itu menjadi urusan Allah,” katanya. Dalam perkembangan kerjaya, Aliff semakin aktif menerima tawaran nyanyian di majlis tertutup dan lakonan. Terbaru, beliau membawakan watak utama dalam drama Madu Atau Racun terbitan MIG Productions yang bakal bersiaran 12 episod di platform iQIYI, bergandingan dengan Uqasha Senrose.

Ujar Aliff, dia menghargai peluang ini dan bertekad memberi komitmen terbaik dalam setiap karya yang diterimanya. Aliff juga menjelaskan menumpukan hidup pada pembangunan diri, kerjaya, dan keimanan, sementara soal jodoh diserahkan kepada takdir dan keyakinan pada Allah.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *