Tak berkawan di luar set, Alya Iman menegaskan dia tak pernah ada hubungan dengan Yusuf Bahrin

Advertisements
Advertisements

Pelakon, Alya Iman menegaskan tidak pernah menjalinkan hubungan persahabatan dengan pelakon, Yusuf Bahrin di luar set penggambaran. Ketika ditemui, pemilik nama Nur Alya Iman Azmil, 25, berkata dia akan mempertahankan diri atas tuduhan yang tidak dilakukannya. Katanya, meskipun memiliki perwatakan yang peramah namun itu tidak menjadikan dia seorang yang mudah bergaul.

“Hubungan saya dengan dia, saya tidak berkawan pun dengan dia. Walaupun secara luarannya saya nampak seperti seorang yang peramah dan bersosial tetapi bila saya di set penggambaran sejujurnya siapa pun pasangan lakonan saya, saya tidak berkawan di luar set. Bagi saya, kalau dalam set saya memang tak bawa ke luar melainkan kalau betul-betul dah klik.

Alya berkata demikian ketika sesi fotografi untuk drama Fathi Gabrielle di Balai Berita, Media Prima pada Selasa. Jelas Alya, dia tidak akan cuba untuk rapat dengan pasangan yang digandingkan hanya semata-mata untuk membina keserasian. Malah, Alya berkata dia juga akan menetapkan batas dalam pergaulan terutamanya jika individu tersebut sudah mempunyai pasangan.

“Jadi antara saya dengan individu itu, kami tidak mempunyai apa-apa hubungan. Saya tidak bercakap dengan dia. Bila orang terus membuat kesimpulan tentang diri saya dengan keadaan mental saya yang begini sudah tentu ia akan memberi kesan. Sebelum kes itu saya menghormati sesiapa saja yang bekerja dengan saya.

Sekiranya mereka ada pasangan, saya akan menetapkan batasan dan memilih untuk berkomunikasi melalui pengurus. Itu cara saya.” Sebelum ini, Alya membuat laporan polis selepas didakwa menjadi punca pergolakan rumah tangga pasangan selebriti, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin. Dalam pada itu, syarikat pengurusan Alya iaitu Stars Powerhouse Entertainment turut menyangkal dakwaan tersebut. Isu ini mula tercetus selepas Alya dan Yusuf dilihat membintangi drama yang sama.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *