Bukan pertama kali berniaga, Datuk Aliff Syukri pelik bila ramai yang tag LHDN dekat dia

Advertisements
Advertisements

Usahawan sensasi, Datuk Seri Ali Syukri, tampil menjelaskan bahawa dirinya bukan pertama kali berniaga susulan tindakan sesetengah netizen ‘menyeru’ Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setiap kali beliau menunjukkan wang tunai sewaktu bersiaran langsung di media sosial. Menerusi hantaran di platform Thread Aliff menyatakan dirinya sudah lama berniaga, dan merupakan pembayar cukai tegar.

“Papa peliklah, kenapa korang tag tag LHDN? Korang ingat papa baru berniaga sehari ke? Papa pembayar tegar LHDN,” tulisnya. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan respon daripada Aliff Syukri dan mengakui bahawa tindakan sesetengah netizen seperti tidak mengenali siapa usahawan terbabit. Ada juga yang membela Aliff dengan menyatakan usahawan terbabit bukan hanya pembayar cukai LHDN tegar, tetapi turut penyumbang zakat perniagaan antara terbesar di Selangor.

Sekadar info, Lembaga Zakat Selangor (LZS) pernah memaklumkan bahawa Aliff Syukri merupakan pembayar zakat tertinggi di negeri terbabit dengan jumlah bayaran RM2 juta. Susulan daripada itu, tidak mustahil bahawa beliau turut patuh dalam pembayaran cukai memandangkan sudah puluhan tahun berniaga.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *