Keputusan untuk peluk Islam atas kehendak sendiri, Ozlynn akui dalam proses untuk jaga batas pergaulan anak

Advertisements
Advertisements

PELAKON Ozlynn memberitahu tindakan seorang wanita dikenali sebagai Giya memeluk agama Islam tiada kaitan dengan anaknya iaitu Ariq. Ozlynn, 44, berkata keputusan Giya itu atas kehendak hati selepas gadis itu mencari kefahaman mengenai agama. Mengetahui hubungan Giya dengan anaknya, Ozlynn berkata dia sudah menetapkan batas pergaulan antara mereka.

“Setakat ini Giya seorang budak yang baik cuma sekarang ini kami dalam proses untuk menjaga batas-batas apa yang boleh dan tidak boleh. Saya selalu tekankan kepada dia masuk Islam bukan sebab ini (hubungan cinta) tetapi atas kemahuan sendiri. Ya dia cakap masuk Islam sebab dah baca al-Quran, kawan-kawan sekelilingnya pun dah ramai masuk Islam jadi dia rasa Islam adalah agama yang kembali kepada fitrah. 

Dia masuk Islam atas kehendak sendiri dan bukannya kerana anak saya,” katanyaSementara itu, Ozlynn berkata keluarganya menerima kehadiran Giya dengan baik serta tidak keberatan membantu wanita tersebut mendalami Islam. Malah, Giya juga tidak segan untuk menghubungi mereka bagi mendapatkan penjelasan berkaitan agama.

“Kami menerima kehadiran dan sambut (Giya) dengan baik. Dia pula baru masuk Islam sebelum bulan puasa. Jadi kami menyantuninya, bawa dia rasa puasa dan raya bersama. Dia memang banyak bertanya kadang-kadang buat panggilan sebab nak tanya tentang agama Islam. Keluarga Johan pun dulu Kristian, baca bible jadi Johan tahu tentang agama lain sebelum ini. Senang untuk kita terangkan dia tentang Islam untuk difahami,” ujarnya. 

Mengulas lanjut mengenai hubungan antara Ariq dan Giya, Ozlynn menegaskan mereka sekadar berkawan dan belum sampai ke tahap hubungan cinta yang serius. “Kalau nak cakap sedang hangat bercinta tidak juga kerana mereka hanya berkawan. Sebagai ibu saya tidak pernah menghakimi pilihan anak. Anak saya yang akan menentukan masa depannya sendiri. Saya hanya beri sokongan moral dan nasihatkan cari orang baik. 

“Untuk mengesahkan tentang hubungan cinta mereka rasanya belum lagi tetapi kalau hanya berkawan kami (Ozlynn dan Johan) okay. Mereka pun masih belajar lagi,” katanya.  Pada Mac lalu, Giya berkongsi rasa gembira menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim. 

Giya turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan sokongan terhadap keputusannya memeluk agama Islam. Hubungan rapat antara Giya dan Ariq mula mendapat perhatian apabila kedua-duanya dilihat berkongsi video bersama secara terbuka sejak tahun 2024.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *