Menyesal sebab tak dengar nasihat orang ramai, Iqbal Zulkifli tegur Cik B supaya jangan biadap

Advertisements
Advertisements

Ahmad Iqbal Zulkifli tampil menjawab beberapa kenyataan dibuat oleh anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida, Cik B susulan dakwaan mengatakan dirinya seorang ‘attention seeker’ dan narsistik. Menerusi perkongsian di media sosial, Iqbal mengakui dirinya betul-betul berasa kecewa dan sedih dengan perkara itu serta menyesal kerana tidak mendengar nasihat orang ramai untuk tidak lagi mendekati usahawan terbabit. Klik sini untuk lihat video.

“Dengan nama Allah, kali ini saya benar-benar sedih dan kecewa. Seharusnya saya dengar nasihat ramai agar tidak lagi dekat supaya tidak terus dihina,” tulisnya. Dalam kenyataan tersebut juga, Iqbal menjelaskan pendapatnya berkenaan penampilan DSV tidak mempunyai sebarang niat tersembunyi dan sama sekali untuk mempunyai hak untuk mengulas hal itu.

Dia juga menjelaskan perjumpaan mereka yang tidak dirancang sama sekali memandangkan ketika itu masing-masing menghadiri rumah terbuka Datuk Seri Aliff Syukri. “Dalam live saya beritahu, jika kehadiran saya ini menganggu dan sudah melupakan saya seratus peratus, saya pun tak akan menganggulah. Saya pun dah ada kehidupan saya, dengan anak saya Zyad dah berumur empat tahun.

Saya berasa terhina. Duit ni boleh menghina orang. lebih 10 kali saya minta maaf. Kalau sudah tidak mahu diganggu, saya juga tidak akan ganggu. Saya juga tidak beriya untuk berkahwin balik ke,” ujarnya. Iqbal turut kelihatan agak kesal dengan kata-kata dilontarkan Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin apabila mendakwa dirinya narsistik.

“Mak ayah didik orang dengan beradab. Kalau saya tak marah anak saya, siapa salah? saya yang salah. Mungkin mereka alami kehidupan yang pelbagai dilema. Tak apalah. Bila besar masih biadap, itu namanya biadap! Ingat saya nak terhegeh-hegeh sangat ke dekat mak awak tu?” tegasnya. Susulan daripada itu, dia berharap agar Cik B untuk menjaga tutur kata walaupun tahu tujuan anak usahawan terbabit adalah untuk membela ibunya.

“Cik B berhak untuk membela ibu Cik B sebab itu keharmonian rumah tangga Cik B dengan mama semua. Tapi Cik B jangan sampai tahap yang biadap. perkataan yang kasar, kesat kepada orang dan jangan nampak kita je yang betul,” katanya lagi. Di akhir perkongsian tersebut, Iqbal meminta agar para penyokong Cik B untuk tidak terus memberikan provokasi agar dia tidak terus memberontak sehingga mungkin boleh menyebabkan Vida susah hati.

Dia turut meminta maaf atas segala yang berlaku dan sangat menghargai kebaikkan mereka serta mendoakan yang terbaik buat mereka. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *