Usahawan dan personaliti media terkenal, Madammu mendedahkan punca utama dirinya mengambil keputusan untuk menutup aurat sepenuhnya. Menerusi sesi temubual podcast, Madammu atau nama lengkapnya Eriyca Baiduri memaklumkan dirinya tidak mengalami sebarang mimpi pelik yang menjadi asbab untuk tampil berhijab. Klik sini untuk lihat video.

Selain itu, Madammu turut menyifatkan dirinya seorang yang peka terhadap kondisi rambut sekali gus menjadi antara punca percubaan pertamanya untuk berhijab suatu ketika dahulu tidak bertahan lama. “Saya tak pernah mimpi kena tarik rambut. Saya membesar memang tidak pernah bertudung.
Walaupun dulu di kampung mengaji sehari empat kali. Sebenarnya ini adalah percubaan kedua saya pakai tudung. Dulu saya pakai tapi tak boleh nak uruskan rambut gugur. Saya pula jenis suka menjaga rambut. Berkongsi lebih lanjut, Madammu mendedahkan dirinya mengambil keputusan untuk berhijab selepas anak lelaki tirinya, Ahmadi mula bersekolah di sekolah agama.
Menurut Madammu, dia tidak pernah bersedia untuk meninggalkan imejnya yang dulu namun lebih mengutamakan air muka anaknya yang mengambil pengajian di sekolah agama. “Suatu hari, anak lelaki saya masuk sekolah agama. Ini salah satu punca juga saya bertudung untuk jaga air muka dia.
Kalau nak ikutkan hati, saya tak pernah bersedia untuk bertudung. Tapi bila dia dah masuk sekolah agama, saya rasa kesian pada dia. Dekat sekolah, cikgu ajar tutup aurat tapi mak dekat rumah tak pakai tudung. Kebetulan masa kita pergi umrah bulan puasa, balik itu saya teruskan pakai. Dah setahun, berjaya sampai hari ini. Alhamdulillah.”
Sumber: ohBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.