Penyanyi Amira Othman sekali lagi dipuji warganet apabila sikap rendah dirinya dalam melakukan amal kebajikan terus menjadi bualan meskipun tanpa sebarang publisiti daripada dirinya sendiri. Menerusi satu perkongsian di platform TikTok, Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 32, difahamkan telah menyalurkan sumbangan berbentuk infaq makanan kepada sebuah surau di Selangor untuk diagihkan kepada para jemaah. Klik sini untuk lihat video.

Dalam perkongsian sama, memperlihatkan para jemaah surau berkenaan mengambil juadah yang disediakan sejurus selesai menunaikan solat Isyak. Tindakan itu secara tidak langsung menceriakan suasana malam di rumah ibadat berkenaan, selain memberi rezeki kepada mereka yang hadir beribadah.



“Terima kasih ya Amira Othman kerana infaq makanan untuk surau Darul Hidayah malam ini. Semoga dimurahkan rezeki,” tulis salah seorang penerima infak. Perkongsian tersebut kemudiannya mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang rata-ratanya memuji keperibadian isteri kepada pelakon Fattah Amin itu, yang disifatkan sering memilih untuk merahsiakan setiap kebaikan yang dilakukan tanpa mencari perhatian umum. Dalam pada itu, ramai netizen turut mendoakan agar Amira terus dimurahkan rezeki serta istiqamah dalam melakukan amal kebajikan secara berterusan.
Terdahulu, seorang pengguna media sosial pernah tampil mempertahankan Amira dengan mendedahkan sisi peribadi artis itu yang disifatkan sangat baik. Individu berkenaan memaklumkan dia mengenali Amira sebagai seorang yang sentiasa melakukan kebaikan secara senyap tanpa menghebahkan kepada umum. Dakwanya, antara amalan yang masih diingati adalah sikap Amira yang sentiasa menyediakan telekung dan sejadah baharu di dalam kereta untuk kegunaan di surau atau masjid awam.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.