Tak peduli tentang kisah silam, Space Dollah akui sedia berdepan dengan pihak yang cuba menganggu hubungan YB Syed Saddiq dan Bella Astillah

Advertisements
Advertisements

PERSONALITI media sosial Space Dollah sedia berdepan dengan mana-mana pihak yang cuba menganggu hubungan adiknya iaitu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dengan pelakon Bella Astillah. Bukan itu sahaja, Space Dollah atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Abdul Rahman 37, memilih untuk tidak melayan mana-mana khabar angin atau gosip negatif melibatkan bakal adik iparnya itu.

“Saya tidak akan melebih-melebih tapi sekiranya Saddiq dan Bella perlukan bantuan saya jadi memang akan bantu, tapi sebagai keluarga kami lebih selesa untuk kekal tenang dengan situasi macam ini. Kami tidak kenal Sarah Yasmine tapi kenal Bella Astillah dan dia seorang yang penyayang malah kami tidak peduli mengenai kisah lama atau lampau Bella kerana bagi kami adalah masa depannya.

Bila Bella datang ke keluarga ini jadi itu lebih penting, Bella banyak sokong saya dan buatkan Saddiq gembira jadi memang saya kan bantu selagi boleh kerana ini keluarga saya,” katanya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *